3 Tips Penting Penjagaan Tudung !

Semua sedia maklum setiap perempuan memang ada banyak koleksi tudung. Tak kira lah bawal, shawl, instant macam macam lagi lah jenis tudung. Namun untuk menjaga dan memastikan tudung dalam keadaan seperti baru, ada beberapa perkara perlu diberi perhatian.

1. Jangan campur tudung bersama basuhan lain sewaktu membasuh.

Cara terbaik untuk memastikan kondisi tudung tidak berubah adalah dengan membasuh menggunakan tangan. Namun, kesibukan seharian membuatkan proses membasuh tudung menggunakan tangan menjadi sesuatu yang renyah dan menyusahkan.
Jadi, tak mengapa untuk membasuh tudung menggunakan mesin NAMUN jangan sesekali mencampurkan tudung kita dengan basuhan lain seperti baju berlabuci atau blouse berzip.
Gunakan kantung basuhan untuk memastikan pakaian tidak bercampur.

2. Gunakan pin kerongsang yang tajam.

Ini juga perkara yang perlu diberi perhatian. Jangan sesekali menggunakan pin kerongsang yang tumpul atau sudah berkarat. Ia bukan sahaja akan menyebabkan benang tudung tertarik, malahan kesan kotor daripada karat pin juga akan melekat pada tudung.

3. Jangan sesekali menggunakan berus.

Sering berlaku kesan foundation atau peluh melekat pada kain tudung. Dan untuk membersihkan juga bukan sesuatu perkara yang mudah. NAMUN jangan sesekali menggunakan berus untuk menyental kotoran itu.
Sebaliknya, gunakan sabun khas yang memang berperanan membersihkan kotoran degil. Penggunaan berus sewaktu membasuh tudung akan menyebabkan kain tudung mudah menjadi lusuh dan benang tertarik.
Ini adalah contoh sabun khas yang boleh menghilangkan kotoran di tudung.

Sumber gambar : twitter @pja_chan


Sumber gambar : twitter @pja_chan


Sumber gambar : twitter @pja_chan
 Berkesan, bukan ?

Dan, untuk sesiapa yang mencari tudung bawal cotton voile yang mudah gila nak bentuk, didatangkan dengan pelbagai warna menarik, boleh jenguk instagram : __bymelati ! Sehelai rm15 sahaja !






Cantik je kan awning dia 🥰🥰🥰




Comments

Popular posts from this blog

Berkhemah di Tembok Besar China