Posts

3 Tips Penting Penjagaan Tudung !

Image
Semua sedia maklum setiap perempuan memang ada banyak koleksi tudung. Tak kira lah bawal, shawl, instant macam macam lagi lah jenis tudung. Namun untuk menjaga dan memastikan tudung dalam keadaan seperti baru, ada beberapa perkara perlu diberi perhatian. 1. Jangan campur tudung bersama basuhan lain sewaktu membasuh. Cara terbaik untuk memastikan kondisi tudung tidak berubah adalah dengan membasuh menggunakan tangan. Namun, kesibukan seharian membuatkan proses membasuh tudung menggunakan tangan menjadi sesuatu yang renyah dan menyusahkan. Jadi, tak mengapa untuk membasuh tudung menggunakan mesin NAMUN jangan sesekali mencampurkan tudung kita dengan basuhan lain seperti baju berlabuci atau blouse berzip. Gunakan kantung basuhan untuk memastikan pakaian tidak bercampur. 2. Gunakan pin kerongsang yang tajam. Ini juga perkara yang perlu diberi perhatian. Jangan sesekali menggunakan pin kerongsang yang tumpul atau sudah berkarat. Ia bukan sahaja akan menyebabkan benang

Berkhemah di Tembok Besar China

Image
Hey what’s up guys ? Tembok Besar China (TBC) Sementara menunggu Hari Konvokasi di Beijing haritu, saya dan Fadhilatul telah berkhemah di Tembok Besar China ( TBC ). Eh di TBC boleh berkhemah ke ? Mestilah boleh ! Saya akan kongsikan serba sedikit ittineri perjalanan kami, jadi sesiapa yang nak melancong ke Beijing atau adik-adik junior yang masih belum pergi, boleh lah cuba ! Saya memilih untuk berkhemah di TBC yang terletak di daerah Huairou ( 怀柔). Untuk sampai ke sana, ada dua cara : 1. Menaiki 快车 atau teksi ( taip saja 怀北国际汽车营地 di apps dan taraa! Dah sampai. Anggaran tambang adalah 200元 sehala. 2.Menaiki bas. Haa memandangkan haritu hujung-hujung nak bfg tu dompet dah kempis ( hehe) jadi kami berdua bersetuju untuk redah je naik bas. Cuba teka berapa tambang kalau naik bas ? 17元 sehala sahaja gais ! Murah teroks kan ? Perjalanan pula mengambil masa lebih kurang 3 jam. Tapi ye lah benda murah mesti ada yang tak bestnya kan ? Haha kami bertukar 3 kali