Posts

Showing posts from December, 2019

Berkhemah di Tembok Besar China

Image
Hey what’s up guys ? Tembok Besar China (TBC) Sementara menunggu Hari Konvokasi di Beijing haritu, saya dan Fadhilatul telah berkhemah di Tembok Besar China ( TBC ). Eh di TBC boleh berkhemah ke ? Mestilah boleh ! Saya akan kongsikan serba sedikit ittineri perjalanan kami, jadi sesiapa yang nak melancong ke Beijing atau adik-adik junior yang masih belum pergi, boleh lah cuba ! Saya memilih untuk berkhemah di TBC yang terletak di daerah Huairou ( 怀柔). Untuk sampai ke sana, ada dua cara : 1. Menaiki 快车 atau teksi ( taip saja 怀北国际汽车营地 di apps dan taraa! Dah sampai. Anggaran tambang adalah 200元 sehala. 2.Menaiki bas. Haa memandangkan haritu hujung-hujung nak bfg tu dompet dah kempis ( hehe) jadi kami berdua bersetuju untuk redah je naik bas. Cuba teka berapa tambang kalau naik bas ? 17元 sehala sahaja gais ! Murah teroks kan ? Perjalanan pula mengambil masa lebih kurang 3 jam. Tapi ye lah benda murah mesti ada yang tak bestnya kan ? Haha kami bertukar 3 kali