Krik . krik . krik
Classmate SEM 1 [ A五班 ]

Sunday, 15 February 2015 @ 05:54 | 0 Comment [s]

Assalamualaikum ^^

Masih dalam mood sakan-bercuti [ baca : menanam anggur di rumah tidak buat apa-apa] , jadi  memandangkan cuti masih berbaki berberapa minggu lagi jadi rasa macam alahai banyak nya masa terluang kan , jadi kene lah jenguk blog sikit sikit kan . Hehehe . Haritu baca blog Miun pasal budak kelas dia , lepas baca tu rasa macam alaaa bestnya buat mcm tu ! Nanti kalau dah naik sem baru entah entah dapat dengan classmate lain , ada lah kenangan , ye tak ? Tbh , aku memang takda idea sangat nak tulis apa , tapi aku nak tulis jugak ! Sebab sebab sebab sebab...... *speechless

Dimulakan dengan laoshi  , apa lah makna sesebuah kelas tanpa guru kelas yang muda , cantik , hot dan open-minded kan ? #Ehhhhhhh Guru kelas ---> Cao Laoshi :)


Dia seorang gadis Mongolia [ 25 tahun ] yang cantik , baik , dan SANGAT MENEPATI MASA . Okey , part menepati masa tu memang bukan main main  dia sangat sangat sangat pentingkan masa ! Jangan lah nak main2 pegi kelas lambat ke apa ke , even waktu lawatan sekolah pon dia sangat punctual tau ! *pengsan
Dia pernah cakap dia boleh sporting untuk semua mende kecuali satu perkara MASA . Tapi bagi aku dia seorang guru yang sangat sangat jaga kebajikan pelajar dia .

Ingat lagi waktu kad bank aku tertelan kat mesin atm ( kecuaian diri sendiri -.- ) dia lah yang bersusah payah call bank semua ,  pegi bank sekali dengan aku [ tapi pegi bank dengan dia jalan kaki kotttttt . penat nak arwah ] macam tu jugak bila Una tercicir purse dalam bas , dia siap teman kami ke pusat bas tau , dah lah tempat tu luar dari daerah  ! Dan yang terharu nya , dia tak pernah mengeluh , marah kami lagi lah tak . Dia siap kata " You are kids . It normal for kids to make something like this , if you not did this , you've grown up " sambil gelak gelak . Mana lah tak sayang laoshi sejuta lemon . hmm

Dia ajar pon seronok sangat ! Sangat faham , mungkin sebab dia fasih berbahasa Inggeris jadi mudah untuk faham apa yang dia ajar . Sangat Seronok ! Jujurnya aku jarang lah mengantuk waktu kelas dia . Hehehe ^^^

Laoshi kedua ialah Chu Laoshi . Dia lagi tua dari Cao Laoshi . Dia pon comel bagi aku . haha . Dia ajar agak laju sebab dia biasa ajar budak yang dah besar so dia selalu tersasul sebut Chinese berbelit yang buat satu kelas ternganga lima saat hahaha . Diakui laoshi ni aku agak kurang rapat sebab ye lah bukan guru kelas kan , lagipun dia pun ada kelas bawah jagaan dia .Kalau lawatan pon dia jarang terlibat so kurang lah masa nak berkasih sayang .  Tapi masih sayang laoshi sejuta lemon jugak hiks

Beralih kepada isi kelas plak ye . Kita mula dengan pelajar Malaysia dulu ye sebab wajib lah semangat patriotik lebih sikit , sia sia lah depa hnatar pegi BTN kan , kemana hilang semangat 1 Malaysia , ye tak ? Maka memperkenalkan 3 kumbang Malaysia a5ban , lebih afdol lelaki dulu laa , kata imam kan ? Haruslah selalu didepan ;)
Dari kiri Fauzi , Adi , Huzairi 

 FAUZI aka Goji [ Ketua Kelas untuk pelajar Malaysia ]

Aku tak ingat macam mana Goji ni boleh jadi ketua kelas . Seriously , memang tak ingat sebab rasa macam tak pernah buat undian ke apa ke , takkan lah dia pilih diri sendiri kan ? #Ehh Tapi dia menjalankan tugas sebagai ketua kelas dengan baik lah , walaupun dia agak emo kadang kadang dan GARANG ! Dia jugak suka mencarut dlm bahasa Melayu waktu dalam kelas kepada foreigner dengan harapan mereka tidak faham -- Suka ajet ajet orang keyel  padahal orang perak -.- Dia sangat meminati Sejarah ( itu apa yg aku rasa la waktu satu kump. BTN dengan dia dulu ) dan yang terakhir sekali , sudah berpunya . Tet ! Hahaha

Adi aka Adi je laa apa lagi --

Kau tahu je lah kan orang kelantan dia punya loghat pekat tuh macam mana kan pehh . Bercakap dengan Adi ni kene termenung 3 saat nak hadamkan dia cakap apa sebenarnya . hahaha . Tapi Adi ni boleh dikategorikan sebagai pelawak kelas laa , sebab dia punya sense of humuor memang cam harey . Hahaha Asyik berdekah je time belajar ish . Sangat rajin puasa sunat isnin khamis , ko anggap dia ni macam badar la time sekolah dedulu , pak ustaz part-time . Kah !


Huzairi aka Jerry

Pon sama geng dengan Adi loghat kelantan dia pekat MashaAllah . Pendiam lah waktu mula-mula dulu , tapi dah lama-lama ni -.- Aku tak percaya betul dengan perubahan si jerri ni . Mana Huzairi dulu yang kat BTN dulu tuh ?!!!!! *emo tetiba hahaha  Sekarang ni dia bukan main lagi membahan orang , berjangkit dengan Adi lah tu . Hari hari bergaduh dengan Ain , nanti kawen baru tahu hehehe Si Silent Reader group wasap kelas , jarang amat sangat sangat nak nampak dia muncul kat wasep , sampai kami buat ucapan kawen , barulah nak muncul ish !

Seterusnya , hakak hakak a5ban pulak , hiks hiks
Dari kiri : Mighah , Ain , Cao Laoshi , Husna , Aida ,  Aku , Kautsar


Amira Husna aka Migha Sena [ Ketua bagi perempuan Malaysia ]

Migha bagi aku sangat sangat bertanggungjawab tau ! Dan dia sangat rajin , suka tolong orang , suka macam macam laa , Dia ni ibarat KakLong laa bagi kami ni , kalau ade apa2 mesti refer dia , walhal mende yang takda kaitan dengan kelas pun , dan dia sangat tak suka orang bising bising . Alaa , macam kaklong yang tak suka adik merengek rengek . hahaha pipi dia sokmo blushing walupun tak pakai blusher ( putih sangat lahtu )
Dia best student kot ! Bapak lah pandai nya . Dia ade pakwe nama PokCak hahahahaha k yang ni tipu

Ain aka DIVA #ehhhh

Ain ni comel sebenarnya . Tapi dia ni ganas sangat , iTakut . hahaha walaupun dia dalam kelas ketegaq sokmo nak dia je menang , tapi dia berhati murni sebenarnya , saje je acah gangster padahal manja , tengok Suamiku Encik Perfect 10 pon leleh Eiyuuuuwww . Ain ni seronok lah kawan dengan dia cuma kau kene ade kesabaran yang bak Everest kalau nak dealing dengan dia , kalau setakat iman senipis bawang tu em em em em

Husna aka UnaDeyyyyy

Eh , UnaDey tu aku sorang je taw boleh panggil dia macam tu , orang lain tak boleh , tak kira . Hahaha Dia ni agak clumsy laa agak laa , suka cakap laju laju , pastu sokmo kelam kabut hahahahaha [macam aku ni tenang sangat kan ] Tapi dia baik sangat , dah lah comel , dia suka masak kek aku suka makan kek ( serasi kan ? ) Payah lah nak nampak aku kemana mana tanpa Una di sisi , choi ayat di sisi  ! Hahaha , pegi kelas sama2 , pegi pasar sama2 , pegi makan malatang sama2 , pegi cucuk duit sama2 , semua laaaaaa . Siapa lah yaya tanpa una sob sob sob T.T T.T

Aida aka Ainan Tasneem kah kah

Dia ni suka tau bebajet serius dalam kelas padahal ...... hahaha dia ni pun top student , bapak lah bijak alahai , dia yang paling memahami Ain , tempat Ain bermanja kah kah kah . Tbh , Aida ni agak garang laa kadang-kadang , tapi dia sangat baik hati sebenarnya . aku rasa dalam kelas tu dia lah paling bergaya , hari hari gi kelas pakai baju lawa lawa , tak pernah  selekeh . Aku hari hari selekeh -- Dia pun suka kekonon retis taw ! mencik ai ! Hahahahaha Ainan Tasneem laa , Najwa Latiff laaa

Kautsar aka Kocad

Kocad ni kepala otak dia gila gila tapi berprinsip SERIUS DI KELAS . Tapi bila nak habis habis tu , ehh bising plak dalam kelas . haha Bagi aku , Kocad ni jenis lantang bersuara ,  apa dia rasa nak kata , dia kata je , tak kesah lah  apa nak jadi . Kocad suka fangirling kat orang yang entah apa2 , sesuka hati je crush kat orang -.- hahaha tapi kocad baik hati , mintak je tolong dengan dia , mesti dia tolong ,

Aaaaaaaaa budak kelas tu sapa je tak baik .  SEMUA BAIK KOTTTTTTT ! Malu kadang kadang bila orang baik sangat ni -







Older Post

just typical yaya and i love the way i am ❤

Entry Tumblr

  • Winter break hiks ^^
  • Beijing ?
  • Penganggur terhormat -.-
  • Biskut Import Jepun : Ikhtilat by Inche Kopiah
  • KMM-to-go
  • Tarapapa Tuesday
  • CARA MENGHILANGKAN EYEBAG ( MATA PANDA )
  • Alhamdulillah :)
  • Perubahan itu PERLU :)
  • Benda mahal memang kena jual mahal okay :')



  • The Credits!

    Template by : Sharanichi Potter
    Header By: Damia
    Re-Edited : Ilya:)

    Best View at GOOGLE CHROME (: